CARA WANITA BERSEDEKAH

 

"CARA WANITA BERSEDEKAH."

.

● Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan...?

.

● Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata : "Bagaimana, sedang aku tak punya duit...?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

.

Rasulullah SAW bersabda :

.

● "Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

.

● Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya...?

.

● Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

.

● Berikut contoh- contohnya :

.

● Sedekah itu beraneka ragam :

.

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada orang Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.

.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

.

● Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

.

● Kaedah Penting:

.

● Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun.

.

● Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

.

● Perlu diingatkan bahawa; "Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Artikel Terkait

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel