Pemuda berusia 26 tahun ini memang patut dipuji, menggunakan statusnya yang popular demi membantu orang yang memerlukan. Lebih setengah juta ringgit berjaya dikumpul!


 Siapa yang tidak kenal dengan Kris Dayanti, biduanita Indonesia yang mengegarkan dunia seni nusantara dengan suaranya yang merdu. Namun kisah kali ini bukanlah tentang pelantun lagu popular ‘Menghitung Hari’ ini, sebaliknya terarah kepada menantunya, Atta Halilintar yang kini giat mengumpul dana demi membantu warga Palestin yang terkesan dek serangan ganas rejim Zionis.


Atta yang merupakan suami kepada anak sulung Kris Dayanti, Aurel Hermansyah adalah seorang YouTuber terkenal dan memiliki lebih 27 juta pengikut di laman YouTube. Pada tahun 2020 dia berada di kedudukan ke-22 dalam senarai personaliti pengikut paling ramai di laman video tersebut.


Tidak senang duduk dengan keadaan yang menimpa warga Palestin di Gaza, Atta menggunakan pengaruhnya sebagai pempengaruh media sosial bagi meraih kutipan derma. Menerusi platform kitabisa.com yang merupakan platform untuk kutipan derma. Setakat artikel ini ditulis, hasil pengaruh dan mesej yang disampaikan oleh Atta telah berjaya mengumpulkan wang derma bernilai RP 2,107,431,322 atau RM609,304.75 dalam mata wang Malaysia.


Berikut adalah mesej yang disertakan bersama dalam misi kutipan bantuan ini.



Baca Juga:


    Artikel Terkait

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel